PENGENALAN

Dalam setahun kebelakangan ini Gunung Baling berubah dari tidak dikenali kepada destinasi panas melalui kuasa viral halaman Facebook seperti Siakap Keli, The Vocket dan HACAM. Puncak gunung dengan pandangan 360 darjah serta panorama Gunung Pulai di sebelah memberikan peluang untuk Instagram-worthy pictures.

Saya menjejakkan kaki ke Gunung Baling empat tahun lalu dan situasi banyak berbeza dengan kini. Pada tahun 2012 saya melalui kawasan kampung untuk ke kaki gunung dan bukan pintu masuk yang dibina khas seperti sekarang; kini saya boleh terus naik ke puncak sendirian tidak seperti dahulu yang mana saya perlu menggunakan khidmat malim gunung tempatan sepanjang trek.

Sebagai satu langkah untuk mempromosi pelancongan daerah Baling, persekitaran dan trek Gunung Baling telah ditambah baik dan dicantikkan bagi kemudahan pengunjung oleh Majlis Daerah Baling. Satu tempat meletak kenderaan dengan tandas didirikan di kaki gunung. Tangga simen dengan selusur  dibina sejauh 400 meter di awal trek. Sebarang usaha mengutip bayaran dari pengunjung adalah dilarang sama sekali – maka pendaki tidak perlu membayar apa-apa untuk mendaki Gunung Baling.

Untuk ke titik mula Gunung Baling, anda perlu ke pekan baru Baling dan cari bangunan JPAM. Pintu masuk hanya depan sedikit dari JPAM.

PENDAKIAN

Papan tanda menunjukkan titik mula dan puncak berjarak 1.6 kilometer. Permulaan trek adalah tanah laterit sehingga kira-kira 600 meter. Saya menemui Gua Kambing 20 minit dari titik mula. Terdapat dua papan tanda pada 700 dan 850 meter (900 dan 750 meter dari puncak). Trek menaik dengan batuan sepanjang masa sehingga hampir dengan puncak, di mana batuan mengambil hampir 100% permukaan trek.

Batu-batu ini boleh menggerunkan bagi mereka yang tidak biasa, dan pada pendapat saya ia tidak segerun Bukit Tabur Selatan. Saya dan seorang rakan tiba di puncak pada jam 12:43 tengahari. selepas 1.5 jam mendaki.

Cuaca agak panas dan badan saya basah lencun dengan peluh, namun semua kesusahan ini tidak lagi dihirau dengan permandangan indah 360 darjah pekan Baling. Cakap banyak tak mau, saya persembahkan gambar-gambar puncak Gunung Baling dengan latar belakang Gunung Pulai.

Perjalanan turun hanya mengambil masa 40 minit dan makcik yang membuka gerai air sudah mula mengemas untuk pulang. Saya dan rakan menjadi pelanggan terakhir dengan pembelian air mineral sejuk pembasah tekak.

Secara kesuluruhan, Gunung Baling adalah satu daya tarikan baru di negeri Kedah untuk para penggemar riadah luar. Saya harap kebersihan trek gunung akan terjaga, kerana saya sudah dapat melihat sampah telah dibuang oleh pengunjung yang tiada kesedaran sivik.

Written by Own

A capitalism slave on weekdays, a nature enthusiast on weekends.

4 comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s